Lembaran Kerja Murid


Bahagian A

Bulatkan satu jawapan yang betul.



1.Daya tahan kardiovaskular bermaksud

A       Keupyaan badan bergerak.

B        Keupayaan jantung dan sistem peredaraan darah berfungsi dengan baik.

C        Keupayaan paru-paru berfungsi dengan baik.



2.Contoh aktiviti daya tahan kardiovaskular ialah…

A       duduk

B        bercerita

C        berlari



3.Antara yang berikut yang manakah bukan aktiviti daya tahan kardiovaskular?

A       Naik dan turun tangga.

B        Berenang.

C        Bermain congkak.



4.Koordinasi bermaksud….

A       Pergerakan  yang melibatkan keselarasan antara mata,kaki,tangan dan badan.

B        Pergerakan yang melibatkan mata,kaki,tangan dan badan.

C        Pergerakan tidak serentak antara mata,kaki,tangan dan badan.



5.Contoh aktiviti koordinasi ialah…

A       berenang.

B        lambung dan pukul bola

C        bermain catur



6.Berikut adalah contoh pergerakan lokomotor kecuali.

A       Berjalan

B        Melompat

C        Lari setempat



7.Pergerakan lokomotor ialah….

A       Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

B        Pergerakan yang pantas.

C        Pergerakan yang tidak beralih tempat.



8.Maksud imbangan ialah….

A       Kebolehan individu untuk berlari dengan sangat pantas.

B        Kebolehan individu bercerita tentang pengalamannya dalam sukan.

C        Kebolehan individu mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam

keadaan tetap atau semasa melakukan aktiviti.



9.Contoh aktiviti imbangan ialah….

A       berbasikal

B        berlari lurus

C        berjalan pantas



10.Pergerakan bukan lokomotor ialah…

A       Keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh tanpa beralih tempat.

B        Keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh untuk mengangkat objek yang

berat.

C        Keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh dengan pantas.



Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.



11.Senaraikan 4 contoh aktiviti bagi pergerakan manipulasi alatan.



1.________________________________________

2.________________________________________

3.________________________________________

4.________________________________________



12. Senaraikan 4 contoh aktiviti pergerakan bukan lokomotor.



1.___________________________

2.___________________________

3.___________________________

4.___________________________



13.Senaraikan 4 contoh aktiviti imbangan.

1.___________________________

2.___________________________

3.___________________________

4.___________________________

14. Senaraikan 4 contoh aktiviti untuk pergerakan yang melibatkan koordinasi.



1.___________________________

2.___________________________

3.___________________________

4.___________________________



15. Senaraikan 4 contoh aktiviti untuk pergerakan yang melibatkan lokomotor.



1.___________________________

2.___________________________

3.___________________________

4.___________________________


No comments:

Post a Comment